Profil

0 ulasan
  PENGENALAN

Assalamualaikum

Alhamdulillah blog guru kaunseling SKST iaitu ubkskst.blogspot.com telah berjaya menyediakan satu kemudahan yang sangat berguna kepada warga SK.Sri Tebrau, Johor Bahru dan semua warga kaunselor di Malaysia. Kemudahan ini membolehkan semua kaunselor berkongsi maklumat serta pendapat dalam meningkatkan lagi profesion yang kita sanjung ini. Di dalam blog ini saya berkongsi segala maklumat, panduan dan bahan-bahan yang boleh digunakan oleh GBKSM yang lain dalam menjalankan perkhidmatan B&K di sekolah masing-masing yang mana saya kumpulkan untuk dikongsi bersama akan memberi manfaat untuk semua kaunselor di Malaysia. Diharapkan blog ini berguna kepada semua.



















 

PN. ZAMIRA BINTI RAJAB
Guru Bimbingan & Kaunseling
SEKOLAH KLUSTER KEBANGSAAN
SK. Sri Tebrau, Johor Bahru


    VISI, MISI DAN FALSAFAH


VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya: Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH


 Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
 

UBK SKST Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting